Memetik laporan Daily Mail, hadiah yang diberikan oleh Kourtney, Kim, Khloe dan ibu mereka Kris itu adalah untuk menghargai usaha keras warga kru selama 14 tahun menjayakan program tersebut.
Mereka membuat kejutan sebaik selesai penggambaran terakhir untuk musim ke-20.
Kourtney, Kim, Khloe dan Kris juga memberi ucapan istimewa sebagai tanda terima kasih kepada semua warga kerja.
Difahamkan, kru produksi KUWTK mengatakan mereka setia menjayakan program tersebut dalam tempoh masa yang panjang kerana seronok bekerja dengan keluarga tersohor itu.
Sumber juga melaporkan, cenderahati mewah itu juga menyebabkan warga kru berasa terharu dan berterima kasih.
Penggambaran KUWTK berakhir untuk musim ke-20 pada malam Jumaat lalu selepas 14 tahun ditayangkan.
Sumber : Daily Mail
Kredit Foto : Vanity Fair
