Siapa sangka selepas lapan episod, Gossip Girl Indonesia akhirnya bakal menutup ‘tirai’ malam ini.

Menerusi episod terakhir ini, kesemua watak dilihat sedang bergelut dengan masalah terbesar mereka terutama membabitkan isu bersama ibu bapa masing-masing.

Dapat dilihat watak Nate yang selama ini bergolak dengan masalah keluarganya kini menjadi bertambah serius.

Lebih trajis, ayah Nate juga secara tiba-tiba pengsan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai isu penggunaan dadahnya sebelum ini.

Selain Nate, Blair juga berdepan masalah sama apabila ibunya cuba membangkitkan isu suaminya yang sanggup meninggalkan mereka berdua.

Apa sebenarnya yang terjadi antara ayah dan ibu Blair?

Apapun, episod Gossip Girl Indonesia kali ini lebih menarik kerana turut berlaku ketika bulan Ramadan.

Bagaimana agaknya golongan elite ini menyambut Ramadan? Sama-sama kita saksikan episod final yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.