Skip to main content

Berita Tempatan

Kemalangan Semasa Latihan, Jun.K Alami Kelumpuhan Di Bahagian Wajah

kpop_6.jpg
Anggota kumpulan 2PM, Kim Min Jun atau lebih dikenali sebagai Jun. K  dialporkan mengalami kemalangan semasa  mengikuti latihan ketenteraan asas di Kangwo-do.

Menurut laporan Soompi, akibat kemalangan itu Jun.K, mengalami gejala lumpuh di bahagian rahang kanannya.

"Jun. K dilaporkan telah menerima rawatan di hospital tentera selepas mengadu dirinya tidak sihat.

"Selepas pemeriksaan dilakukan di hospital tentera, doktor mengesahkan bahawa saraf rahang di sebelah kanan Jun.K telah lumpuh," kata sumber.

Menerusi satu kenyataan media, pihak pengurusan Jun.K, JYP Entertainment berkata disebabkan Jun.K masih di dalam kem, jadi sukar untuk mereka mengesahkan perkara itu buat masa ini.

"Sukar bagi kita untuk memeriksa keadaanya yang sebenar kerana apa yang berlaku ini di dalam kem tentera," kata agensi.

Sumber: Soompi

Susunan: Rozaimi Zubaidi

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement