Sukan

Kemampuan Fizikal Cristiano Ronaldo Menyamai Pemain Bola Sepak Berusia 20 tahun

Kamaruddin Razal
25/07/2018
13:59 MYT
Ramai yang mahu jadi hebat seperti Cristiano Ronaldo tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja keras untuk mengikut jejak penyerang sensasi Portugal itu.
Pada usia 33 tahun Ronaldo masih jadi buruan kelab bola sepak terkemuka dunia. Buktinya bekas ‘ayam tambatan’ Real Madrid itu kini sah bergelar penyerang Juventus dengan nilai 105 juta pound.
Apa yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat sukan adalah hasil dapatan ujian kecergasan yang dilakukan terhadap Ronaldo. Kemampuan fizikalnya menyamai pemain bolasepak berusia 20 tahun.
Dengan kata lain kekuatan Ronaldo setanding pemain yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan statistik ujian kandungan lemak badan, berat otot dan kepantasan larian.
Menurut laporan Ronaldo hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.
Berat ototnya pula 50 peratus atau empat peratus lebih rendah sementara larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.
Kesimpulannya jika anda mahu menjadi seperti Ronaldo, tidak cukup hanya ada gaya potongan rambut sepertinya, contohi juga cara Ronaldo menjaga kecergasan dan kesihatan.
Sumber: Astro Awani / Agensi Foto: Popsugar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

UEFA Bakal Hukum Budak Lelaki Swafoto Dengan Ronaldo

gempak
24/06/2024
12:55 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dikatakan bakal mengenakan hukuman ke atas budak lelaki yang menceroboh padang dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Portugal dan Turkiye sedang berlangsung.
Sukan

Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!

gempak
30/05/2024
15:55 MYT
Pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, sudah memenangi 14 gelaran penjaring terbanyak dalam enam kejohanan berbeza sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Laman Utama

Ronaldo Beri Mangsa Gempa Bumi Maghribi Menginap Di Hotel Miliknya

gempak
10/09/2023
04:50 MYT
Tragedi gempa bumi yang melanda Maghribi pada Sabtu turut menarik perhatian pemain bola sepak terhangat dunia, Cristiano Ronaldo.
Laman Utama

Followers Cristiano Ronaldo Baru Sahaja Cecah 600 Juta… Siapa Lagi Individu Dengan Pengikut Terbanyak?

gempak
14/08/2023
14:50 MYT
Siapa lagi dalam senarai top 10?
Laman Utama

Tinggalkan Manchester United, Cristiano Ronaldo Sah Sertai Kelab Arab Saudi Al Nassr!

gempak
31/12/2022
03:25 MYT
Cristiano Ronaldo telah menyelesaikan perpindahan ke Al Nassr.