Berita

Kemarau: Pasir Mas, Tumpat Dijangka Sambut Aidilfitri Tanpa Bekalan Air

gempak
Gempak
31/03/2024
10:30 MYT
Sponsor Banner
Kemarau: Pasir Mas, Tumpat Dijangka Sambut Aidilfitri Tanpa Bekalan Air
Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.

BERITA TRENDING: Kelantan Negeri Tertinggi Di Pantai Timur Daftar Sistem PADU

Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.

BERITA TRENDING: Bayaran Imam Tarawih Di Kelantan Cecah Lima Angka

"Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan," kata kenyataan itu.
Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
Oleh itu katanya, AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024