"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.
Ainun
06/09/2024 14:55 MYT
06/09/2024 14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Menurut Haziq, atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 33, dia berasa sangat bertuah kerana dapat kembali ke bidang radio selepas memberi tumpuan kepada pengacaraan televisyen dan lakonan.
Menurut Haziq, atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 33, dia berasa sangat bertuah kerana dapat kembali ke bidang radio selepas memberi tumpuan kepada pengacaraan televisyen dan lakonan.
“Jadi, saya bersyukur kerana dapat kembali dalam dunia radio. Saya gunakan balik minda saya untuk bekerja disebabkan saya sudah lama berehat juga kerana terlalu fokus kepada lakonan dan pengacaraan. Kali ini saya dapat kembali ke cinta saya semula.
“Saya sudah dua tahun berehat dalam bidang radio sebab saya lebih fokus kepada televisyen. Apa yang saya boleh katakan adalah berbeza dengan radio selalunya rancangan televisyen akan habis dalam masa sejam atau dua jam sahaja kemudian kita balik. Ia berbeza dengan radio”, katanya ketika ditemui Gempak di sidang media ‘The Chosen One 2024’ yang diadakan di Colony Star Boulevard KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, dia turut menyatakan bidang yang ceburinya adalah kerjaya yang paling diminati dan jika dilakukan dengan penuh semangat, ia mampu menjadi yang terbaik.
“Bagi saya, pengacaraan radio dan televisyen sama, kerana saya mulakan kerjaya ini pada tahun yang sama. Kedua-duanya adalah bidang yang saya minati dan mahir.
“Apabila kita buat apa yang kita suka, kita akan gembira dan memberikan yang terbaik. Itulah sebabnya saya mahu terus lakukan perkara yang membuat saya gembira”, kongsinya.
Radio Era jadi pilihan
Selepas berehat selama dua tahun dari bidang radio, Haziq menganggap tahun ini adalah rezeki untuk dia kembali ke pengacaraan radio.
“Kenapa saya memilih radio Era kerana sebelum ini saya pernah berbincang dengan pihak radio tersebut tapi pada ketika itu ianya tertangguh. Jadi, pada tahun ini, bulan Ogos, Allah berikan rezeki saya untuk kembali ke bidang radio dan radio Era adalah tempat saya mulakan kerjaya saya semula.
“Alhamdulillah. Rezeki itu datang tepat pada waktunya dimana saya masuk radio Era dan projek televisyen pun datang sekali. Bagi saya, itu adalah rezeki keluarga dan anak-anak saya, saya disini hanya menumpang sahaja”, jelasnya.
Dapat feedback yang positif
Risau akan pandangan orang ramai tentang pilihannya untuk menjadi penyampai radio Era, Haziq berkongsi dia telah menerima maklum balas yang baik dari keluarga, kawan-kawan serta peminatnya.
“Sebenarnya saya sedikit takut masa hari pertama pihak radio Era ingin mengumumkan saya sudah bersama radio Era. Inikan gandingan baru yang bakal menggantikan gandingan lama. Jadi, benda itu membuatkan saya sedikit gementar dan saya sempat berfikir apa reaksi semua orang pada ketika itu.
“Tapi, alhamdulillah selepas pengumuman itu dibuat semua keluarga, kawan-kawan saya berikan reaksi yang sangat positif sehingga saya berfikir apa yang saya lakukan sekarang adalah perkara yang betul”, ulasnya.
Untuk makluman, Haziq Hussni dan Shasha Nadira merupakan gandingan baharu untuk segmen Petang Era yang menggantikan Ray Dap Dap dan Hanif telah bersiaran selama dua tahun.
BERITA TRENDING: Haziq Hussni & Shasha Nadira Gandingan Baharu, Kendali Segmen Petang ERA
BERITA TRENDING: Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”
BERITA TRENDING: Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”
BERITA TRENDING: “Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen
Dengarkan PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang sehingga 8 malam. Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.