,
Hiburan

Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”

Ainun
04/09/2024
04:55 MYT
Program nyanyian kanak-kanak, ‘The Chosen One’ musim kedua, tampil dengan gandingan baharu dua pengacara iaitu Jihan Muse dan Haziq Hussni yang diumumkan pada petang, Selasa.
Jihan, atau nama sebenarnya Nur Jihan Muse, 41, yang kini sedang hamil bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke sidang media yang diadakan di Colony Star Boulevard, KLCC.

“Saya nak minta maaf kerana tidak dapat bersama pada sidang media The Chosen One musim kedua disebabkan saya ada temujanji untuk berjumpa dengan doktor untuk kandungan saya.

“Terima kasih kepada Astro, rakan-rakan media, Haziq Hussni, terima kasih kepada semua coaches. Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua peserta yang bertanding”, jelasnya melalui paparan video pada sidang media ‘The Chosen One Musim Kedua’.
Dalam pada itu, Jihan turut berkongsi perasaan terujanya apabila dipilih untuk menjadi pengacara pada musim kali ini.
Menurutnya, ini adalah kali pertama dapat bergandingan dengan Haziq Hussni kerana sebelum ini dia tidak mempunyai pengalaman bekerja bersama-sama.

“Tahun lepas saya sebagai juri. Itu merupakan pengalaman baru untuk saya. Saya betul-betul seronok sepanjang musim lepas dan tahun ini saya kembali ke tempat asal saya sebagai hos Alhamdulillah.

“Tahun ini saya bergandingan dengan Haziq Hussni buat pertama kali. Saya tidak mempunyai pengalaman pengacara bersama dia”, kongsinya.
Tambahnya lagi, Jihan turut mengagumi cara Haziq dalam dunia pengacaraan dan berharap mereka dapat memberikan kerjasama yang baik untuk program ini.
“Haziq merupakan seorang yang berpengalaman. Jadi, dia sudah tahu apa yang dia patut buat. Insya allah, kami berdua akan cuba untuk cipta satu gandingan yang hebat dalam program ini”, ulasnya.
Untuk info, program ‘The Chosen One’ musim kedua ini bakal ditayangkan pada 20 September ini setiap hari jumaat jam 9 malam di astro ceria dan tayangan serentak di astro ria.
Pertandingan ini turut diadili oleh juri tetap, Jaclyn Victor dan Dato’ Awie. Para peserta Pertandingan tersebut turut menampilkan jurulatih-jurulatih terhebat yang terdiri daripada Adira, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, Amir Jahari, Aepul Roza, Firdaus dan Fahimi Rahman, Tomok dan dan Suki Low.

BERITA TRENDING: Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

BERITA TRENDING: “Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

BERITA TRENDING: Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

BERITA TRENDING: Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Haziq Hussni & Shasha Nadira Gandingan Baharu, Kendali Segmen Petang ERA

gempak
12/08/2024
07:39 MYT
Gandingan baharu, Haziq Hussni dan Shasha Nadira bagi menggantikan tempat Ray Dap Dap dan Hanif yang bersiaran sekitar dua tahun menerusi segmen Petang ERA.
Hiburan

Jihan Muse Umum Hamil Anak Ketiga - “Berita Yang Tak Dijangka..”

gempak
12/08/2024
07:33 MYT
Pengacara terkenal Jihan Muse mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak ketiga.
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.