Covid-19

Kemungkinan PKP Akan Dilanjutkan - Polis Selangor

Mya Amri
09/04/2020
22:40 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini berkemungkinan besar akan dilanjutkan, lapor Awani.
Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.
Katanya, larangan menghadkan tiga orang untuk solat berjemaah masih lagi berkuatkuasa sementara kariah lain masih boleh berjemaah di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.
"Selain itu, program Rakyat Selangor bermunajat juga diteruskan namun pelaksanaannya hanya boleh dilakukan di kediaman masing-masing," katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Mohd Ismail menambah, sehingga tengah malam Rabu, IPK Selangor menerima 980 laporan dengan penahanan 1,430 individu termasuk 85 wanita yang ingkar perintah itu.
Daripada jumlah itu katanya, 75 kes telah dituduh di mahkamah termasuk bagi kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan pengawalan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, dalam operasi yang bermula pukul 4 petang hingga tengah malam Rabu, polis mengeluarkan 24 saman.
"Bermula malam ini beberapa jalan di daerah Petaling Jaya yang dikategorikan di zon merah akan ditutup bagi membataskan pergerakan penduduk setempat," jelasnya.
"Selain itu kita juga akan meningkatkan pemeriksaan snap check di semua daerah di Selangor," jelasnya. Setakat ini beliau memberitahu, hanya satu lokasi di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, iaitu Batu 21 hingga 24 Sungai Lui Hulu Langat yang dikategorikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau menambah, sebanyak sembilan hotel termasuk hotel bertaraf lima bintang dijadikan sebagai pusat kuarantin dengan kapasiti 2,914 orang.
"Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya berada di rumah sepanjang tempoh PKP yang diwartakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan wabak pandemik ini," ujarnya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.