Alamak! Teruknya rupa pelakon Beto Kusyairy selepas didakwa dipukul dengan penonton drama bersiri eksklusif Astro GO, Sembilan.

Semuanya gara-gara kerana mereka tidak sabar menanti episod akhir Sembilan yang akan ditayangkan hari ini.

Bagaimana pun itu hanya perumpamaan Beto terhadap sambutan penonton terhadap Sembilan yang sudah mula ditayangkan sejak 6 Disember lalu.

“Keadaan Azim bila kena debik dengan penonton yang tak sabar menantikan episod 10 final Sembilan hanya di #AstroGo,” tulisnya.

Beto berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Beto yang memegang watak Azim dalam Sembilan memuat naik foto wajahnya yang cedera di dalam salah satu babak drama bersiri tersebut.

Sembilan yang bergenre seram thriller ini mempunyai 10 episod dan setiap satunya berdurasi satu jam.

Drama ini boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO secara percuma mulai 6 Disember ini dan episod ke 10 hanya ditayangkan hari ini.

Selain Beto, Sembilan menampilkan lakonan hebat pelakon Malaysia seperti Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali dan Luqman Hafidz, sementara bintang Indonesia yang terlibat adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten.

View this post on Instagram

Kami meraikan pelanggan Astro dengan sebuah siri esklusif daripada Pengarah dan Penerbit filem Pusaka, Razaisyam Rashid. “SEMBILAN” Mudah saja! Muat turun secara PERCUMA aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store. Strim “SEMBILAN” di Astro GO sekarang. #Sembilan #SembilanGo #AstroGoEsklusif #Sembil9n

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Sembilan mengisahkan tentang watak seorang pelacur bernama Rimbun (lakonan Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah.

Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (lakonan Bima Azriel). Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung kepada Taduh dan mengabaikannya.

Pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya.

Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu.

Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia 9 tahun sama seperti sewaktu kehilangannya dahulu.

Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah.

Adakah dia masih ‘Taduh’ ataupun cuma jelmaan? Nantikan di Astro GO bermula 6 Disember ini.

Untuk menonton menerusi aplikasi Astro GO, pengguna iPhone boleh memuat turun aplikasi menerusi AppStore dan pengguna Android menerusi Playstore.