Berita
“Kena Jaga Adik Baik-Baik Tau...”- Pesan Nubhan Pada Anaknya Sempena Birthday!
Penyanyi Nubhan menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya Aafiya lebih awal dari tarikh sepatutnya kemarin.
Sempena hari jadi anaknya yang kedua pada 10 Mei ini, Nubhan memberi ucapan khas serta pesanan buat Aafiya.
“Happy birthday anak abah! Kurniaan terindah dlm hidup abah n ibu. Now dah ada adik...kena jaga adik baik2 tau...u both my nyawa now...moga @little_aafiya mnjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat. Doa abah n ibu sntiasa utk baby abah ni..,” tulisnya.
Nubhan berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik foto ketika sambutan hari jadi tersebut.
Rata-rata turut mengucapkan kesejahteraan anaknya dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Nubhan yang berkahwin dengan Afifah, 29, pada Ogos 2015 dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Aaffan yang baru sahaja dilahirkan Januari lalu.
Must-Watch Video