Berita
“Kenapa Macam Abu Bakar Ellah?”- Scha Alyahya Potong Rambut Awal Ashaari, Apa Jadi?
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari akhirnya memberi kepercayaan kepada isterinya Scha Alyahya untuk memotong rambutnya yang sudah mula panjang.
Semuanya gara-gara premis perkhidmatan memotong rambut tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Semalam, Awal menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik fotonya yang menunjukkan Scha sedang memotong rambutnya.
“Tolong saya!” tulis Awal.
Awal turut membuat IG Live bersama peminat serta pengikutnya ketika Scha memotong rambutnya.
Menerusi Live itu, Awal sempat mengusik Scha apabila separuh jalan rambutnya nampak lucu.
“Sekarang ni kenapa dah macam Abu Bakar Ellah?” katanya.
Sementara itu, Awal mendapat pelbagai reaksi peminat dan pengikutnya mengenai rambut dan hasil potongan Scha.
“Sentuhan isteri mesti la okay.
“Habislah kali ni botak.
“Tengok live kelakar teruk!,” antara komen yang diberikan.
Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dengan kehadiran Lara yang lahir pada 22 Julai 2014.
Must-Watch Video