Hiburan

Kenapa Seorang Budak Yang Ada Kanser, Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup Sedangkan..." Nabila Huda Persoalkan Ibu Bapa Aqish?

gempak
Badrul Hashim
13/01/2020
08:48 MYT
Sponsor Banner
Kenapa Seorang Budak Yang Ada Kanser, Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup Sedangkan..." Nabila Huda Persoalkan Ibu Bapa Aqish?
Ketika ini kisah Puteri Balqis, pelakon kanak-kanak yang pernah menjulang nama sebagai Pelakon Terbaik Wanita di Anugerah Televisyen Asia sedang tular di media sosial.
Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish dikatakan melalui kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri di sekitar Kuala Lumpur.
Ramai warganet yang tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh ibu dan ayah Aqish untuk membantu kehidupan mereka dan tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati.
Baca: Selepas Tular Kesempitan Hidup Puteri Balqis, Kawan Ibu Tampil Menjawab Tohmahan Netizen
Terbaru di Twitter, pelakon terkenal Nabila Huda menulis satu persoalan dan ramai yang mengaitkan tulisan tersebut ditujukan kepada keluarga Aqish terutama ibu dan ayahnya.
"Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada cancer, dibiarkan berjalan satu KL Untuk sara hidup sedangkan ibu bapa Dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?
"Kenapa seorang budak kena ikat perut,sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan Untuk berjalan,bercakap dgn sempurna?" tulis Nabila di Twitter miliknya. Malah ketika dipersoal oleh netizen tentang di mana orang yang pernah bersama dengan Aqish suatu ketika dulu, Nabila menjawab bahawa mereka sentiasa ada, sedia membantu dan pernah membantu.
Kisah Puteri Balqis ini pernah menjadi tumpuan ramai apabila didakwa mengidap kanser namun Gempak pernah menemubual ibu Aqish sendiri dan diberitahu Aqish mengidap hepatitis yang membawa kepada masalah hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live