Kenapa Wajah Taylor Swift Dilukis Pada Labu Gergasi? Ini Respons Tuan Empunya Karya
Izwan Isa
29/10/2023 14:50 MYT
29/10/2023 14:50 MYT
Pelukis asal Ohio, Amerika Syarikat, Jeanette Paras sekali lagi bakal memeriahkan sambutan Holloween pada tahun ini dengan mempersembahkan sebiji labu gergasi yang dilukis dengan wajah penyanyi popular Taylor Swift.
Jeanette berkata, dia sengaja memilih wajah penyanyi tersohor itu pada tahun ini kerana kecemerlangan Taylor menerusi konsert jelajah dan gosip cinta bersama atlet Travis Kelce yang semakin meraih perhatian peminat di seluruh dunia.
“Menarik sebab dia menjalin hubungan dengan juara Super Bowl sebanyak dua kali, Travis Kelce.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya tidak hasilkan berita, tapi saya ‘memperbesarkannya’,” ujar Jeanette.
Wajah Taylor dilukis terlebih dahulu di atas kerta sebelum lukisan sebenar dibuat di atas permukaan labu.
Menariknya, Jeanette menggunakan sembilan rambut palsu berwarna perang dan juga ubi bagi membentuk bahagian telinga labu yang diberi nama Taylor Swiftkin itu.
Bagaimanapun , Jeanette akui yang dia memilih untuk merahsiakan projek berkenaan sehingga siap sepenuhnya sebelum dikongsi untuk tatapan orang ramai.
“Ini adalah hal yang sangat rahsia. Saya harus menutup tingkap studio saya kerana tidak ada yang tahu siapa subjeknya," ujar Jeanette.
Menurut pelukis itu, perkara yang paling menggembirakan adalah unsur kejutan yang mampu membuat orang lain ketawa apabila melihat hasil kreativiti pada labu.
Sebelumnya, wajah-wajah individu popular yang pernah Jeanette hasilkan termasuklah Baby Yoda, Puter Harry dan Kanye West.
Sumber: Kompas
Jeanette berkata, dia sengaja memilih wajah penyanyi tersohor itu pada tahun ini kerana kecemerlangan Taylor menerusi konsert jelajah dan gosip cinta bersama atlet Travis Kelce yang semakin meraih perhatian peminat di seluruh dunia.
“Menarik sebab dia menjalin hubungan dengan juara Super Bowl sebanyak dua kali, Travis Kelce.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya tidak hasilkan berita, tapi saya ‘memperbesarkannya’,” ujar Jeanette.
BERITA TRENDING: Pengawal Keselamatan Konsert Taylor Swift Dipecat Sebab Kemaruk Nak Selfie
Jeanette memilih labu seberat 180 kilogram dan melukis wajah Taylor ketika menghadiri Anugerah Grammy.Wajah Taylor dilukis terlebih dahulu di atas kerta sebelum lukisan sebenar dibuat di atas permukaan labu.
Menariknya, Jeanette menggunakan sembilan rambut palsu berwarna perang dan juga ubi bagi membentuk bahagian telinga labu yang diberi nama Taylor Swiftkin itu.
BERITA TRENDING: Anak Kobe Bryant Teruja Terima Hadiah Daripada Taylor Swift!
Bagaimanapun , Jeanette akui yang dia memilih untuk merahsiakan projek berkenaan sehingga siap sepenuhnya sebelum dikongsi untuk tatapan orang ramai.
“Ini adalah hal yang sangat rahsia. Saya harus menutup tingkap studio saya kerana tidak ada yang tahu siapa subjeknya," ujar Jeanette.
Menurut pelukis itu, perkara yang paling menggembirakan adalah unsur kejutan yang mampu membuat orang lain ketawa apabila melihat hasil kreativiti pada labu.
BERITA TRENDING: Tak Mainlah Beshe-Beshe, Heidi Klum Jadi Cacing Dalam Pesta Halloween
"Sangat senang untuk melakukan ini setiap tahun. Saya suka lihat reaksi daripada jiran dan orang ramai yang singgah untuk mengambil gambar,” katanya.Sebelumnya, wajah-wajah individu popular yang pernah Jeanette hasilkan termasuklah Baby Yoda, Puter Harry dan Kanye West.
Sumber: Kompas