Penyanyi popular Hollywood, Taylor Swift telah menghadiahkan sehelai kardigan kepada anak perempuan pemain bola keranjang, mendiang Kobe Bryant.

Perkara itu telah membuatkan anak mendiang yang dikenali sebagai Natalia berasa teruja kerana dia sendiri amat meminati lagu Taylor Swift.

Memetik laporan Hollywood Life, kardigan itu dikirim beserta sebuah nota daripada penyanyi kegemaran ramai itu.

"Terima kasih Taylor, saya obses dengan album Folklore," tulis Natalia di Instagram baru-baru ini.

Difahamkan, rekaan kardigan tersebut telah mengambil inspirasi daripada album terbaru Taylor yang berjudul Folklore.

Natalia merupakan anak sulung mendiang, Kobe juga meninggalkan balunya, Vanessa.

Sekadar imbasan, Kobe dan seorang lagi anak perempuannya telah meninggal dunia dalam nahas helikopter awal tahun ini.

Sumber : hollywoodlife.com