Hiburan
"Kenapalah Selalu Nak Ambil Kesempatan Atas Rezeki Orang?" - Instagram Almy Nadia Hampir Digodam
Pelakon Datin Almy Nadia memohon kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menggodam akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Almy, IG adalah punca rezeki untuk dirinya membantu keluarga.
"Tolonglah penggodam, janganlah ambil IG saya. IG ni punca rezeki saya nak bantu keluarga… Tolonglah," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang juga merupakan pelakon meluahkan rasa kesal kerana mengambil kesempatan dengan punca pendapatan Almy.
"Kenapalah selalu nak amik kesempatan atas rezeki orang.
"Hack la IG orang lain.. IG dia nak cari rezeki!!" luahnya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,031 orang dengan 23 rekod kematian sehingga jam 5 petang (26 Mac).
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video