Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keputusan STPM 2023 Diumum 23 Julai Ini

Gempak
19/07/2024 05:55 MYT
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).

Keputusan STPM

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

"Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Tunggu Keputusan DNA, Jenazah Farah Kartini Tidak Boleh Dituntut Hari Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: "Orang Ingat Saya Tak Percaya Dapat Nombor Lima" - Putera Muhammad

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Kim Pan-gon Bukan Lagi Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN: “No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai," menurut kenyataan itu.

Seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian

#Keputusan #STPM #Julai 2024