,
Berita

Masih Tunggu Keputusan DNA, Jenazah Farah Kartini Tidak Boleh Dituntut Hari Ini

Gempak
17/07/2024
09:15 MYT
Jenazah wanita yang dipercayai dibunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tidak boleh dituntut hari ini.

Tidak Boleh Dituntut Hari Ini

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu kerana pihaknya perlu menunggu keputusan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) yang diambil daripada ahli keluarganya.

"Tidak (tuntut jenazah hari ini) kerana ia (keputusan ujian DNA) mungkin ambil masa beberapa hari," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Perkara itu turut diakui oleh abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, yang memaklumkan pihaknya perlu menunggu keputusan DNA sebelum boleh menuntut jenazah adiknya itu.
Tinjauan Gempak mendapati tiada kelibat ahli keluarga Nur Farah dilihat di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Setakat ini laporan punca kematian belum dikeluarkan selepas proses bedah siasat selesai petang semalam.
Jenazah Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak difahamkan akan dikebumikan di Pekan, Pahang.
Proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini yang dijalankan di Jabatan Forensik HSB selesai jam 6:10 petang semalam.
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Felda Gedangsa di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun yang reman pada Selasa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.
Minggu lalu, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Dada, Muka - “Buat Masa Ini Pakar Tidak Dapat Sahkan Kematian Kerana…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.
Berita

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

gempak
24/07/2024
17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

gempak
22/07/2024
08:10 MYT
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 pada Isnin.