Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kerajaan Greece Mula Laksana Peraturan Kerja 6 Hari Seminggu

Gempak
08/07/2024 07:55 MYT
Greece menjadi negara Kesatuan Eropah pertama yang melaksanakan kerja enam hari seminggu dalam usaha kerajaan meningkatkan produktiviti bekerja.

Di bawah peraturan yang berkuat kuasa hari ini, perniagaan swasta yang menawarkan perkhidmatan 24 jam boleh memberi kakitangan pilihan untuk bekerja tambahan dua jam setiap hari atau syif lapan jam tambahan dengan gaji harian dinaikkan sebanyak 40 peratus.

Inisiatif berkenaan tidak termasuk bagi pekerja dalam industri perkhidmatan makanan dan pelancongan.

6 Hari Seminggu

Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis telah menggelar minggu kerja baharu sebagai ‘mesra pekerja’ dan bertujuan untuk memastikan pekerja diberi pampasan untuk kerja lebih masa sambil membanteras kerja yang tidak diisytiharkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Psikologi Ini Dedah Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Alami ‘Work-Life Balance’ Yang Teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

ARTIKEL BERKAITAN: Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Viral Jalan Kaki Kajang-Beranang Kini Dah Dapat Kerja, Peniaga Dedah; "Bila Ke Rumahnya, Memang Benar Dia Perlukan Bantuan"

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Kakitangan Awam Greece Adedy, Akis Sotiropoulos pula berkata, keputusan kerajaan negara untuk melanjutkan minggu bekerja kepada enam hari adalah bertentangan dengan setiap negara Eropah yang lain.

"Ia tidak masuk akal sama sekali. Apabila hampir setiap negara bertamadun berubah ke arah empat hari bekerja dalam seminggu, Greece memutuskan untuk pergi ke arah lain,” katanya.

Pekerja di sana sudah pun menghabiskan purata 41 jam seminggu, paling banyak di Eropah, menurut statistik yang disusun oleh agensi Kesatuan Eropah Eurostat.

Sumber: UPI

#Kerja #Greece #6 Hari Seminggu