Viral

Lelaki Viral Jalan Kaki Kajang-Beranang Kini Dah Dapat Kerja, Peniaga Dedah; "Bila Ke Rumahnya, Memang Benar Dia Perlukan Bantuan"

gempak
Gempak
16/06/2024
02:43 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Viral Jalan Kaki Kajang-Beranang Kini Dah Dapat Kerja, Peniaga Dedah; "Bila Ke Rumahnya, Memang Benar Dia Perlukan Bantuan"
Lelaki yang tular di laman sosial kerana berjalan kaki dari rumahnya di Kuala Pajam, Beranang ke Taman Jasmin, Kajang beberapa hari lalu sudah bekerja sambilan sebagai tukang masak di sebuah restoran dekat Bangi, Selangor.
Bercakap kepada Harian Metro, lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashid berkata, kehidupannya kini bertambah baik kerana ramai tampil membantu selepas kisahya tular di laman sosial.
Rashid juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dan meringankan bebannya.

"Saya sudah cukup keperluan sekeluarga dan banyak pihak yang datang bantu.

"Saya pun sudah mula bekerja," katanya ringkas kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp dan enggan bercerita lanjut buat masa ini walaupun ada bermacam andaian dibuat berhubung statusnya.

Peniaga dedah cerita sebenar

Sementara itu, pemilik gerai Nasi Kukus Kak Chiq, Mohd Roimran Md Jalaluddin, 34, yang memuat naik hantaran kisah Rashid di Facebook (Fb) hingga tular berkata, niatnya berkongsi cerita itu kepada umum bertujuan menghebahkan kepada orang ramai tahu supaya tahu ada orang susah dan memerlukan bantuan.
Bagaimanapun, Mohd Roimran mengakui terkilan apabila ada segelintir warganet menuduhnya mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

BERITA TRENDING: Kecoh Prilly Latuconsina Pakai Tong Gas Golongan Miskin

BERITA TRENDING: “Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

BERITA TRENDING: Naim Daniel Pernah Kutip Duit Syiling Demi Isi Perut Lapar - "Saya Miskin Gila..."

BERITA TRENDING: “Miskin Tak Payah Nak Mukbang!” - TikToker Menangis Dihina Hanya Kerana Makan Nasi Putih, Tempe Goreng & Sayur

Mohd Roimran berkata, selepas berkongsi hantaran mengenai lelaki itu di Facebook (FB) rasmi perniagaannya, dia menerima banyak komen termasuk daripada individu mendakwa lelaki terbabit sebenarnya pemalas dan sudah menerima bantuan sebelum ini.
"Jadi bila dapat komen seperti itu, saya ambil keputusan memadam hantaran mengenai lelaki berkenaan sebab takut timbul salah faham.
"Selepas itu saya nekad hubungi lelaki berkenaan dan datang sendiri ke rumahnya di Kuala Pajam, Beranang untuk lihat keadaan sebenar.
"Bila datang ke rumahnya, saya nampak dia tinggal dengan isteri, dua anak tiri dan bayi berumur sembilan bulan selain ibu mentua serta adik ipar.
"Apa saya perhatikan, memang benarlah dia perlukan bantuan dan mengenai dakwaan pemalas pula, saya ada tanya juga dan katanya tak bekerja sebelum ini kerana motosikal rosak," katanya.
Menurut Mohd Roimran, impak hantarannya di FB, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada menghubunginya untuk mendapatkan maklumat selain menghantar wakil bagi menyampaikan sumbangan wang tunai.
"Waktu itu, LZS maklumkan saya mereka nak pergi ziarah untuk tengok keadaan lelaki berkenaan dan keluarganya.
"Syukur dan saya masih berhubung dengan lelaki itu serta diberitahu dia sudah dapat kerja serta ada keperluan. Lega mendengarnya cuma saya harap tak ada lagi salah faham dan kecaman selepas ini kerana semuanya sudah selesai," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live