Laman Utama

Kerajaan Selangor Bagi Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Lagi, Ini Senarai Klinik

Syafiqah Jalal
07/01/2023
11:00 MYT
Kerajaan Selangor akan meneruskan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dan dos penggalak menerusi Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVAX) secara percuma, bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata rakyat negeri itu yang ingin mendapatkan vaksin tersebut, boleh mengunjungi 15 rangkaian Klinik Selcare dan The KL Clinic yang berhampiran mereka.
Beliau berkata pendaftaran boleh dibuat secara jumpa terus, namun orang ramai digalakkan untuk membuat janji temu melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600.
Vaksin COVID-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa. Manakala dos penggalak diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas, dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.
"Waktu operasi klinik bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang selcare.com," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.