Berita

Kerana AJL 32, Wany Hasrita Fobia Menyanyi Live Dalam Program TV

Rozaimi Zubaidi
10/04/2019
04:45 MYT
Penyanyi Wany Hasrita mengakui perlu mengambil masa selama enam bulan untuk kembalikan keyakinan untuk menyanyi secara langsung dalam program di televisyen.
Menurut Wany, perkata itu terjadi susulan dia menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai selepas melakukan persembahan pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada dua tahun lepas.
"Sebelum ini saya ada menerima kecaman daripada orang ramai selepas melakukan persembahan di AJL 32.
"Perkara itu membuatkan saya takut untuk menyanyi secara langsung di televisyen.
"Saya harus mengambil masa hampir enam bulan untuk mendapatkan semula keyakinan dan membuang perasaan itu.
"Alhamdulillah sekarang ini saya lebih yakin untuk menyanyi secara langsung dalam program di televisyen," katanta kepada Gempak.
Wany berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Trio di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Konsert Trio akan menampilkan Wany Hasrita, Sufian Suhaimi dan Khai Bahar dalam satu konsert sama di empat lokasi berbeza iaitu Johor Bahru, Johor (13 Julai), Kuantan, Pahang (17 Ogos), Alor Setar, Kedah (5 Oktober) dan Shah Alam, Selangor (2 November).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.