Hiburan

Kerana Cinta, Model Ini Hanya Minta Selipar & Segelas Air Untuk Mas Kahwin!

gempak
Hanafis Haris
06/07/2020
09:02 MYT
Sponsor Banner
Kerana Cinta, Model Ini Hanya Minta Selipar & Segelas Air Untuk Mas Kahwin!
Biarpun berstatus model, seorang wanita hanya hanya meminta selipar Jepun dan segelas air saja sebagai mas kahwinnya.
Perkara itu didedahkan menerusi laporan Portal Kompas, Indonesia.
Menerusi laporan berkenaan, wanita dikenali sebagai Helmi berusia 20 tahun berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan suaminya, Yudi Anggata, 24.
Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.
"Saya memilih selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.
"Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.
"Pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti," katanya yang pernah muncul sebagai model dalam video klip lagu tradisional.
Difahamkan, kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas video perkahwinan mereka tular di laman sosial.
Menerusi video berkenaan, kedua-dua pasangan itu kelihatan segak dan cantik mengenakan persalinan berwarna putih.
Sumber : Portal Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024