Pelakon Nam Ron mendedahkan dirinya mendapat gangguan seksual gara-gara hantaran foto tidak berbaju di media sosial baru-baru ini.

BACA: Sahut Cabaran, Nam Ron Rakam Foto Separuh Bogel Nak Capai 1 Juta Followers

Lebih mengejutkan dia dihubungi secara mesej langsung oleh pemilik akaun yang meminati lelaki berusia 40 tahun ke atas.

"Baru dapat gangguan seksual di DM oleh pemilik akaun yang profile description mengatakan 'I like old man age 40++'

"Saya syak, ini semua ada kaitan dengan foto separuh bogel saya semalam.

"Semoga saya terus tabah dan tidak tergoda," ciapnya di Twitter.

Nam Ron baru-baru ini mengemaskini akaun media sosialnya dengan foto tidak berbaju demi menyahut cabaran penerbit dan stesen televisyen yang memilih pelakon utama berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Tambah Nam Ron, 52, dalam rajutan sama, pemilik akaun berkenaan menyiarkan kandungan lucah antaranya gambar kemaluan lelaki lain, termasuk berbangsa Melayu.

"Bila saya pergi ke akaunnya saya dapati banyak gambar lelaki tua tayang anunya. Melayu pun ada.

"Tolong jangan minta saya share link. Tak sanggup wey!" tambahnya.



Sehingga kini Nam Ron telah mengumpul sebanyak 109,000 pengikut di akaun Instagramnya.

Sebelum ini, isu yang sama pernah dibangkitkan oleh rakannya yang juga seorang pelakon berbakat besar, Amerul Affendi pada tahun lalu.

Amerul meluahkan kekesalan apabila menyedari stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut media sosial tidak mencecah angka 500,000 orang.

Selepas bersuara, jumlah pengikut Instagram Amerul meningkat sehingga 302,000.

BACA: "500,000 Followers Baru Produksi Ambil Berlakon" - Amerul Affendi Kecewa Kerana...

BACA: "Reject Dia? Perkara Paling Bodoh Pengarah Lakukan" - Netizen Back Up, Ajak Follow IG Amerul Affendi