gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pemenang Dua Pingat Emas Olimpik Maut Jatuh Sewaktu Mendaki
HIBURAN
Bukan Lagi Rahsia, Ramona Zamzam Dedah Identiti Sebenar Lelaki Yang Dipanggil ‘Ayah’ Sejak Kecil - “Dia Bukan Bapa Kandung Saya Tapi…”
HIBURAN
Mahu Cuba Nasib Di Malaysia, Ada 2 Pelakon Reza Rahadian Teringin Bekerjasama - “Saya Looking Foward Untuk…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Sahut Cabaran, Nam Ron Rakam Foto Separuh Bogel Nak Capai 1 Juta Followers

Maliah Surip
Maliah Surip
28/09/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
Sahut Cabaran, Nam Ron Rakam Foto Separuh Bogel Nak Capai 1 Juta Followers
Pelaku seni berkaliber Nam Ron menyahut cabaran salah satu syarat sebuah tv penstriman apabila secara sarkastik tampil tanpa baju atau separuh bogel dalam kemas kini di akaun Instagramnya, semalam.
Nam Ron, 52, yang juga merupakan seorang pengarah itu dipercayai bertindak demikian sebagai respon kepada salah satu syarat yang dikenakan kepada produksi untuk mengambil pelakon untuk terbabit dalam platform mereka.
Dengan menggunakan slogan Road to 1 million followers, secara sinis, pemilik nama sebenar Shahili Abdan itu mengaku memerlukan lebih ramai pengikut di Instagramnya, sekurang kurangnya 1 juta bagi melayakkan dirinya menerima tawaran berlakon.
"Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang kurang 1 juta pengikut di medsos. Road to 1 million followers," tulisnya pada foto tanpa baju tersebut.
Beliau kemudian meninggalkan pesanan dengan mengatakan akan menyiarkan foto penuh sekiranya sasaran mendapat 1 juta pengikut sebelum tahun 2022 tercapai.
Foto yang menyaksikan dirinya mengikat sedikit rambut dan berkaca mata sambil menutup bahagian dada itu kemudian dibanjiri dengan respon dalam kalangan rakan seperjuangan dan peminat.
Beberapa jam sebelum itu, Pengarah Filem Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia 2019 tersebut telah memuat naik foto dirinya tanpa baju dengan meninggalkan komen: "Kelebihan Lelaki, Kami boleh tayang dada bugil dan tidak dikatakan lucah, berbanding wanita."
Setakat artikel ini ditulis, Nam Ron yang menggunakan akaun Instagram dengan nama @_nam_ron_ memiliki sekitar 107,000 pengikut. Itu bermakna, beliau memerlukan sekitar 890,000 ribu untuk mencapai 1 juta pengikut.
Terdahulu, penerbit Haji Zil dari Zeel Production House menerusi artikel yang diterbitkan Harian Metro pada 23 September lalu mendedahkan produksinya dikenakan salah satu syarat perlu mengambil pelakon yang memiliki 1 juta pengikut di Instagram.
Sementara itu, bintang Mencari Rahmat ini dalam temubual bersama media pada Ogos lalu mengaku sudah tiga bulan tidak bekerja kerana kerajaan belum memberi kelonggaran kepada sektor perfileman dan penggambaran untuk beroperasi secara total.
Instagram: @_nam_ron_
Topic Berkaitan
#pelakon
#Instagram
#Drama
#Namron
#Followers
#1 Juta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement