Baru-baru ini, gempar isu jaket berjenama Zara yang dipakai oleh Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kesan daripada pemakaian jaket bertulis "I really don't care, do you?" yang mencetuskan kontroversi itu, harga jaket tersebut kini dijual berpuluh kali ganda lebih mahal oleh mereka yang memilikinya.

Harga jaket yang pada asalnya di pasaran berharga USD 39 bersamaan RM 157 itu kini dijual dengan nilai sehingga USD 895 bersamaan RM 3618.

Menurut sumber, ramai yang telah membeli jaket tersebut di Zara tiga tahun lepas dan mengambil peluang untuk menjualnya selepas kontroversi yang melanda Melania Trump.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org