Usahawan sensasi, Liana Rosli berkongsi tentang kisah kehidupannya sebelum menceburi bidang perniagaan.

Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM berkata dia sebelum ini pernah bekerja disebuah syarikat perbankan sebelum berjaya sebagai usahawan.

Perkongsian itu dilakukan Kak KM menerusi satu video pendek bagi menjawab pertanyaan netizen iaitu ‘umur berapa baru kewangan menjadi kukuh’.

Video tersebut dikongsi menerusi laman TikTok milik @sweetdarakakkm.original baru-baru ini.

“Kalau tak salah dikala umur dalam 18 ke 19, kerja Maybank dalam dua tahun lebih, memang aku tak kaya, kerja makan gaji memang hidup sederhana.

“Dapat gaji bayar hutang, bagi mak, apa lebih kurang lepas tu habis. Selepas itu beranak semua, dalam umur 29 nak masuk 30 Kak KM mula berniaga.

“Alhamdulillah, selepas meniaga tiga bulan terus ada duit RM1 Juta. Tiga bulan sahaja meniaga. Itu dah kira kayalah kan.

“Dikala itulah, kaya cara kita. Tiga bulan meniaga ada RM1 Juta, gila kau. Tapi saya yak menggelabah, saya relax sahaja,” kongsinya.
@sweetdarakakkm.original Q&A kak km ❤ #kakkm #kakkmbukanbiasa2 #kakkmlianarosli #kakkmtaktumpangpopularitiorglain #questionsigetasked ♬ bunyi asal - T Rex Wan - One Hazlami

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyukai perkongsian Kak KM dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus bersemangat mencari rezeki.

Antara komen yang diterima:





Terdahulu, Kak KM merupakan usahawan hangat dengan kontroversi namun dalam masa sama, dia juga dikenali kerana sikap kekeluargaannya yang kuat dan menjaga ibunya penuh kasih sayang.