Selepas tular status tidak puas hati Linda Rafar atas layanan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam terhadap ibunya, seorang doktor wanita tampil memberikan pandangan.
BACA: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital
Jelas doktor yang memperkenalkan diri sebagai Dr. Ninie, tindakan Linda memuat naik status berkenaan tidak wajar.
"Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti, ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu apa yang Puan harapkan Puan dapat daripadanya?
"Kalau Puan tidak berpuas hati dengan layanan di wad itu, Puat boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan.
"Lagi satu ya Puan, mungkin Puan tidak tahu yang mengambil gambar atau video di premis hospital satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang," tulis Dr. Ninie.
Tambahnya, tugas jururawat tidak seperti orang awam sering bayangkan sebaliknya mereka antara tulang belakang sesebuah hospital.
"Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Kena buat macam-macam kerja menulis dah macam kerani pun ada.
"Tanpa mereka pincanglah hospital. Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.
"Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu," tambahnya.
Linda meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk dari seorang jururawat yang tidak mengendahkan permintaannya untuk menukarkan cadar di katil ibunya.
BACA: “Kami Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Diugut 'Nurse', Linda Rafar Buat Laporan Polis
Susulan pendedahan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Hak Milik Kekal itu mendapat ugutan daripada individu tidak dikenali untuk meracuni ibunya yang sedang sakit.
Amri Hassan
Fri Dec 28 2018


Anak Tegur Sikap Buruk Heidi Klum Sering Berbogel Di Rumah
Supermodel Heidi Klum membuat pengakuan dirinya berasa sangat selesa tanpa memakai seurat benang atau berbogel sewaktu di rumah.

Status Ibu Selamatkan Hidup Angelina Jolie Dari Musnah
Pesohor Hollywood, Angelina Jolie muncul sebagai wajah hadapan edisi terkini majalah Vogue.

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.

Kenapa Indonesia Sekat TikTok Shop?
Sebab apa ya?

Puji Orkestra Malaysia, Ahmad Dhani Okay Jika Penonton Tak ‘Bergoyang’
Beliau juga menyifatkan format orkestra yang dibawa pertama kali jauh sehingga ke Malaysia sebagai sebuah persembahan ‘makanan jiwa’.

Zarina Zainuddin Seronok Berat Badan Dah 59 Kg - “Bukan La Kata Saya Nak Tunjuk Body Cantik Tapi…”
Makin slim!
SHIERA IJOY PERNAH KERJA "CALL GIRL", KENA SCAM DENGAN ERMA FATIMA | BORAK DULU BARU KAMU S2
Borak Dulu baru Kamu is back gais! Musim ke-2 ini kita mulakan dengan penampilan istimewa jelitawan Sharifah Shahira. Perit getir dia terjunam ke bidang seni dan yang paling penting, sapa tahu iklan "Dari Malaysia ke Singapura" orang tu memang lejen.
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#BorakDuluBaruKamu
#BDBKS2
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#BorakDuluBaruKamu
#BDBKS2

Pernah Terkucil Ketika Nyanyi Live, Keisya Levronka Optimis Bikin Konsert! - "Ketika Dikritik, Saya Masih Muda..."
Keisya ambil positif.
Hael Husaini Rasa Dia Dijampi-jampi... | #SinggahSet: My Famous Ex-Boyfriend
Isk! Macam tak percaya pulak Hael Hussaini nak jadi pelakon! Apa yang menyebabkan beliau berminat untuk jadi pelakon? Pandai ya Tuan Director Hadith Omar pujuk. Qasrina Karim pula nervous pada hari pertama di set penggambaran My Famous Ex-Boyfriend.
#myfamousEXboyfriend AKAN DATANG di Astro Ria dan Astro GO
Untuk lebih hiburan, info dan gossip terbaharu, korang
boleh ke www.gempak.com sekarang!
#myfamousEXboyfriend AKAN DATANG di Astro Ria dan Astro GO
Untuk lebih hiburan, info dan gossip terbaharu, korang
boleh ke www.gempak.com sekarang!

Siti Nurhaliza Mahu Bangunkan Galeri Sendiri
Siti harap ia dapat dijadikan rujukan oleh masyarakat