Membimbangkan! Perkembangan terkini penularan COVID-19 di Malaysia merekodkan 260 kes baharu, menjadikan keseluruhan 11,484 kes setakat Khamis.
Hal ini sekali gus merekodkan jumlah kedua tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 11,484 kes.
Oleh itu, katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 1,334 kes.
"Daripada 260 kes yang direkodkan hari ini, hanya satu kes import yang direkodkan melibatkan bukan warganegara Malaysia dari United Kingdom.
"Sementara itu, daripada 259 kes penularan tempatan, 130 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 129 bukan warganegara," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Terdahulu, ciapan di Twitter Dr Noor Hisham membalas pertanyaan seorang pengguna telah menimbulkan teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.
Dr Noor Hisham membalas tweet pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan supaya kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu dan tidak memberi kepercayaan dengan arahan kuarantin sendiri.
"Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?" tulis beliau.
Tweet beliau secara tidak langsung mencetuskan kegusaran dalam kalangan netizen dan mengundang pelbagai reaksi.
Ada yang menganggap saranan terbabit perlu demi memberhentikan penularan wabak daripada terus merebak.
Malah, ada juga yang keberatan sekiaranya PKP dilaksanakan semula atas alasan ia akan menjejaskan ekonomi semasa.
Malah, ada juga yang memberikan reaksi sinis terhadap ahli politik yang gagal kuarantin diri sendiri.
Malaysia kembali mencatatkan kes Covid 19 dengan tiga angka sejak beberapa minggu ini terutama di Sabah sekali gus menambah keyakinan berkemungkinan PKP dilaksanakan semula.
Amri Hassan
Thu Oct 01 2020


Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!

Kahar, Kapla High Council Koyak! | Lawak Atau Koyak S2
Koyak jugak akhirnya Kahar Kapla #HighCouncil dengan wartawan tiga suku ni. Dah rangkul tengkuk, sikit lagi kena debik. #LawakAtauKoyak Saksikan High Council setiap Sabtu di Astro On Demand dan Astro Go. Anda juga boleh saksikan di Astro Ria, setiap Isnin jam 9 malam. @amir.ahnaff #ProjekHighCouncil #HighCouncil #AstroOriginals Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
_1.png?ext=.png)
Rashid Sidek Bersama MILO Bantu Golongan Memerlukan, Hasil Jualan 10,000 Pek Bantu Keluarga B40
Tahniah MILO
![[TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama [TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/2008576/14278186321675857078566_640x390.jpg)
[TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama
#DerhakaSebuahCinta setiap Isnin – Khamis, 11 Malam di Astro Ria atau strim di Astro GO! Arahan: @ejumpmohd Produksi: @suhanmovies Untuk gossip dan berita layari www.gempak.com Untuk banyak lagi video, tonton di Instagram bambam_studios

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 2
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 5
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama