Kes Buli Siber, Peguam Zahir Pendapat Mengenai Denda RM100
Ainun
19/07/2024 08:55 MYT
19/07/2024 08:55 MYT
Peguam, Dinesh Muthal menzahirkan pendapat mengenai hukuman ringan yang diterima oleh individu bernama Shalini yang didakwa melakukan siber buli terhadap pempengaruh dikenali sebagai Esha sehingga dipercayai menyebabkan wanita itu membunuh diri.
Dinesh menjelaskan, tiada undang-undang yang khusus digubal terhadap jenayah buli siber, sehingga menyebabkan hukuman diterima suspek dilihat tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.
Dinesh menjelaskan, tiada undang-undang yang khusus digubal terhadap jenayah buli siber, sehingga menyebabkan hukuman diterima suspek dilihat tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.
"Hukuman ringan yang diterima kerana tiada undang-undang khusus dalam kedua-dua Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 serta Kanun Keseksaan yang meliputi buli,” ulasnya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, turut melahirkan rasa kecewa terhadap jumlah denda sebanyak RM100 yang dikenakan ke atas pemilik rumah kebajikan itu yang menggunakan bahasa kesat di platform TikTok.
Menurut Fahmi, sungguhpun denda tersebut dilihat sebagai ringan dan menjadi punca segelintir individu tidak gentar dengan hukuman yang dikenakan, beliau bagaimanapun menerima keputusan mahkamah berdasarkan bukti terkumpul.
"Ini adalah sikap yang sangat membimbangkan, dan saya sangat kecewa dengan denda itu, yang nampaknya sangat kecil," katanya.
BERITA TRENDING: PM Tidak Puas Hati Insiden Buli Siber, Mahu MCMC & PDRM Ambil Tindakan Tegas
BERITA TRENDING: Hanya Bayar RM100, Pembuli Esha ‘Alpha Quinn’ Mengaku Bersalah
BERITA TRENDING: Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu
BERITA TRENDING: Jangan Ambil Ringan Kes Siber Buli, Mek Yun Harap Undang-Undang Dapat Diperketatkan - “Saya Juga Pernah Jadi Mangsa, Sampai Rasa Hilang Semangat”
Terdahulu, Esha, 30, dipercayai mengambil nyawanya sendiri selepas dia didakwa dibuli oleh beberapa individu di laman sosial.
Sumber: Astro Ulagam