VIRAL
Kes Cerai Dalam Proses Mahkamah, Mak Cik Kemboja ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga - “Soal Isu Penyondol…”
Usahawan sensasi, Mariyah Yaakob atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja enggan mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya.
Proses Mahkamah
Menurut Mariyah, kes perceraiannya kini masih dalam proses mahkamah.
“Berkenaan status perceraian saya, buat masa sekarang saya tidak boleh ulas panjang.
“Status masih belum jelas kerana perlu tunggu proses seterusnya di mahkamah. Namun, perceraian sudah difailkan,” katanya kepada Gempak.
Madam Mariyah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama AURAMARIA baru-baru ini.
Pada masa sama, Mariyah juga memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan wujudnya orang ketiga dalam rumah tangganya.
“Soal isu penyondol saya tidak boleh bercakap lebih. Bagi saya, perkara itu sangat sensitif. Jadi, saya tidak akan ulas lanjut.
“Setiap kali saya diuji, saya akan bangkit. Doa ibu saya membuatkan saya terus kuat. Kejayaan dan kekuatan yang ada pada hari ini pun adalah berkat doa ibu saya,” tambahnya.
Artikel Berkaitan: 200 Mata Memandang Mak Cik Kemboja Kena Cerai Semasa ‘Live’- “Terima Kasih Mr.S”
Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja Akui Dalam Keadaan Baik - “Kenapa Aku Nak Menangis Tentang Dunia?”
Terdahulu, Mariyah Yaakob diceraikan suaminya ketika sedang melakukan penstriman langsung (live) di aplikasi TikTok.
Difahamkan, ketika itu usahawan berkenaan sedang dalam perjalanan ke Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk memfailkan penceraian, setelah mendakwa dianiaya kerana digantung tak bertali.
Sewaktu sesi penstriman langsung itu, suaminya menulis pada ruangan komen... Dengan lafaz Bismillah Mariyah Bt Yaakob aku ceraikan kau.
Must-Watch Video