Laman Utama

Kes Jangkitan Pernafasan Di Johor Meningkat Sebanyak 70.9 Peratus

Awani
28/06/2022
22:50 MYT
Johor mencatatkan trend peningkatan kes dan wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI), kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Katanya, sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di Johor hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus berbanding 557 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata bilangan kluster wabak berkenaan yang dilaporkan hingga ME 25/2022 juga menunjukkan peningkatan, iaitu 11 kluster berbanding tujuh kluster bagi tempoh sama tahun lepas.
"Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin memaklumkan bahawa kebelakangan ini terdapat peningkatan trend bagi kes dan wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu ILI dan URTI di negeri ini.
"Kebanyakan kluster yang dilaporkan adalah melibatkan institusi pendidikan iaitu sebanyak 91 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata secara amnya, kes ILI dan URTI adalah jangkitan biasa berlaku tanpa musim di Malaysia sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri.
Menurut beliau, pemantauan dijalankan oleh JKNJ terhadap jangkitan ILI dan URTI mendapati situasi masih terkawal walaupun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan.
Ling berkata sehubungan itu, JKNJ menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan iaitu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan.
"Amalkan etika batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau pelitup muka.
"Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya satu meter dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala selain digalakkan mendapatkan pelalian vaksinasi influenza di fasiliti kesihatan swasta," katanya.
Beliau berkata JKNJ akan terus memantau situasi dan trend kejadian ILI dan URTI di Johor serta bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan dijalankan dengan sewajarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Laman Utama

Che Ta Dijangkiti Covid-19, Terbantut Hasrat Sambut Anniversary Ke-10! - "Persiapan Dah Siap, Apakan Daya..."

gempak
09/12/2023
03:25 MYT
Persiapan semua dah siap!
Laman Utama

[VIDEO] “Oksigen Drop Mengejut, Nasib Baik Perasan” - Luluh Hati Aliff Syukri, Anak Sakit Dijangkiti Dua Virus

gempak
06/06/2023
00:50 MYT
Doakan semoga baby Luqman Al Haqeem cepat sembuh.
Laman Utama

Hati-Hati Terima Tawaran Ke Luar Negara, Search Rocking Arena Janji Kepuasan Di Pulang Pinang & Johor Bahru!

gempak
14/10/2022
10:38 MYT
Search Buat Konsert Di Pulang Pinang & Johor Bahru!
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Pelukan, Serius! Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit

gempak
11/08/2022
10:16 MYT
Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit