,
Laman Utama

Kes Pelawak Ceroboh Rumah Bekas Kekasih Selesai – Polis

Gempak
20/09/2021
03:35 MYT
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kes seorang pelawak terkenal menceroboh rumah bekas kekasih sudah selesai.
Pelawak tersebut sebelum ini dilaporkan melakukan perbuatan tersebut di sebuah kondominium di Damansara.
Dalam kejadian 7.30 malam Sabtu, lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan memasuki rumah wanita berusia 28 tahun yang tidak berkunci dan menyelongkar barang di dalam rumah.
Berikutan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara.
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan daripada wanita itu semalam.
"Bagaimanapun, mereka tidak mahu memanjangkan kes dan sudah berdamai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, wanita itu dilihat memuat naik gambar bekas teman lelaki yang juga pelawak popular di Instagram (IG) Story selepas lelaki itu 'menceroboh' rumahnya.
Pada gambar itu, dia seakan memberitahu pengikut mengenai kehadiran lelaki itu ke rumahnya dan meluahkan rasa rimas.
Namun, dia dilihat memadamkan semula gambar berkenaan selepas beberapa minit kemudian.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.