Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kes Pelawak & Isteri Ditahan Didakwa Sebar Maklumat Dalaman, Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan

Umirah Halim
07/07/2024 23:55 MYT
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan pelawak serta isterinya yang ditahan sebelum ini berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan bahawa kertas siasatan itu kemudiannya akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

Sebelum ini, media melaporkan Mamat Sepah mengesahkan dirinya dan isteri sebagai individu yang ditahan reman polis selama dua hari, untuk siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.

Sumber: Harian Metro
#Pelawak #Isteri #Polis #Direman #Siasatan #maklumat #jalankan