Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim
Awani
30/08/2024 11:25 MYT
30/08/2024 11:25 MYT
Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat memutuskan bahawa, tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia 23 tahun, merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
Hakim, Norazlin Othman berkata, ini kerana masyarakat memandang tertuduh sebagai seorang penceramah, kerana dia sering memainkan peranan dalam memberi ilmu agama dan motivasi.
Menurutnya, tugas tertuduh atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, telah memberi impak yang besar kepada orang awam terutama masyarakat Islam di negara ini, termasuk anak-anak muda serta pelajar universiti.
Malangnya beliau berkata, Syed Shah Iqmal, 29, telah mempergunakan mangsa yang lemah.

“Kes ini melibatkan wanita dan kehormatannya, maka mangsa pasti mengalami trauma kerana perlu mengumpulkan kekuatan untuk membuat laporan serta melalui setiap proses perundangan yang panjang.
“Itu bukan suatu yang mudah dan akan terus berada dalam ingatan mangsa hingga akhir hayatnya,” kata hakim.
Susulan itu beliau berkata, hukuman berkenaan akan memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah masyarakat secara amnya.
Sementara itu, semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran, memandangkan jenayah rogol semakin berleluasa.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi, tertuduh merupakan seorang individu yang dikenali ramai sebagai pendakwah dengan latar belakang agama yang kukuh.
“Karakter sebagai motivator anak muda yang seusia dengannya, telah menggunakan kedudukan dan mengambil kesempatan ke atas mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh berkata, sekiranya Syed Shah Iqmal dimasukkan ke penjara, ia akan memusnahkan kehidupannya, terutama anak sulung yang baru dilahirkan, 16 hari lalu.
Pada Jumaat, mahkamah menjatuhi tertuduh hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Hakim ini memerintahkan Syed Shah Iqmal dihukum serta-merta selepas didapati bersalah susulan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Selain kes ini, dia yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, dilepaskan dan membebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Mei 2022 lalu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITN: Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan
ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah Da'i Syed 'Bersuara' - "Kami Dah Letih Nak Hadap Isu Semacam Ini, Apatah Lagi Adik-Adiknya Masih Belajar..."
Sumber: Awani Menerusi Sinar Harian