,
Berita

Kes Bunuh Zulfarhan: Keputusan Rayuan 18 Bekas Penuntut UPNM Esok

Gempak
22/07/2024
07:58 MYT
Keputusan rayuan enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas, akan diketahui esok.

Keputusan Rayuan Esok

Menurut laporan Bernama, keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada 9 pagi.
Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Pada hari sama, mahkamah juga akan menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: “Besarnya Hati Pak Cik…” - Netizen Tersentuh Melihat Bapa Zulfarhan Sudi Memaafkan Mereka Yang Menyebabkan Kematian Anaknya

Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti

gempak
12/08/2024
06:34 MYT
Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.
Berita

Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”

gempak
04/08/2024
11:25 MYT
Keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak mahu untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh kerana menyifatkan ia sudah terlambat.
Viral

Syukur Kes Zulfarhan Sudah Berakhir, Ramai Harap Agar Kematian Amirul Nashriq Turut Mendapat Pembelaan Sewajarnya

gempak
29/07/2024
12:15 MYT
Seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan keenam-enam tertuduh yang mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Viral

Peguam Jenayah Popular Mahu Buka Semula Kes Amirul Nashriq, Penuntut UPNM Yang Belum Terbela

gempak
29/07/2024
11:45 MYT
Kes melibatkan kematian bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia pada tahun 2018 lalu bakal dibuka semula.
Viral

"Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin Senior Junior Boleh Lepak Sama Makan Semeja" - Lt Aiman Aufa

gempak
28/07/2024
00:55 MYT
"Kalau betul Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama-sama makan semeja," demkian kata-kata Leftenan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.