Usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri membuatkan ramai terhibur apabila tampil membuat tarian ala TikTok.

Dengan hanya menyarungkan jubah, tarian berkenaan ternyata mencuit hati netizen.

“Selain menjadi penyanyi nombor satu Malaysia saya juga boleh menjadi seorang ‘TikToker’.

“Lihatlah usaha saya ni, 10 kali saya practice. Tag member korang kaki tiktok.. raja tiktok kembali beraksi.

“Jangan lupa follow TikTok saya iaitu DatoTelajak laris saya baru belajar main TikTok,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Posting berkenaan kemudian mengundang tawa netizen apabila rata-ratanya terpaku dengan gaya tarian berkenaan.

Malah, ramai diantara mereka hairan bagaimana usahawan tersebut begitu bertenaga dan lincah menari.

“Dalam lama tak tengok datuk menari macam ni, rindu pula”

“Datuk makin kurus, nampak tulang je”

“Makan apa yang bertenaga sangat ni menari TikTok”

“Kesan PKP lama sangat, kita faham” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)