Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial

Ainun
12/07/2024 03:00 MYT
Siapa sangka, video perkongsian seorang individu yang ingin menikmati durian di platform TikTok telah mencetuskan ‘vibe’ negatif gara-gara respons yang ditinggalkan.

Menerusi video tersebut, pemilik akaun berkenaan memberitahu yang dia bakal menikmati durian bersama pulut tanak dan santan bergaram.

Terliur

Di ruangan komen pula, seorang wargamaya didakwa seperti mengkritik pemilik akaun tersebut, membuatkan dirinya yang tidak mampu terliur untuk menikmati durian.

“Makan sedap up kat sini, kesian kami yang tak mampu nak beli durian ni, hanya mampu tengok dan telan air liur je,” tulis individu berkenaan.

Melihat pada respons berkenaan, pemilik akaun turut meninggalkan komen terhadap kritikan tersebut.

“Salam sis saya tengok TikTok sis ada anak comelnya. Sis tahu tak saya 12 tahun kawin belum ada rezeki anak. Rezeki kita tak sama. Cuma bersyukur dengan apa kita ada. Saya doakan murah rezeki sis sekeluarga ya,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Komen tersebut kemudian dikongsikan semula di platform X, sehingga menerima puluhan reaksi daripada netizen.

“Cara orang cakap menagih simpati. Macam dia ni jenis main character. Bila dia enjoy muat naik gambar macam tak ingat orang...


"Bila orang lain kena simpati dekat dia pula. Bahan je kasi sedebik atas muka biar dia malu dan menjauhkan diri. Jenis potong mood orang,” kata dari salah seorang pemilik akaun di aplikasi X.

Ada juga komen yang berbaur sinis dengan mendakwa individu berkenaan mengharapkan agar ada dalam kalangan pengguna media sosial memberikannya buah durian secara percuma.

BERITA TRENDING: Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

BERITA TRENDING: Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

BERITA TRENDING: Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"


“Orang macam ni memang sesuai kena ejek, padan muka, siapa suruh jadi miskin.

“Komen macam tu pasti mengharapkan ada yang nak bagi secara percuma,” komen dari aplikasi X.

Sumber: X

#Viral #Durian #Makanan #Makan Durian