Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”
Salah seorang daripada peniaga durian tular yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau Irfan tampil membuat permohonan maaf susulan kandungan berniaga separuh bogel yang dimuatnaik oleh pihaknya disalahertikan oleh beberapa pihak.
Tak sangka tular
Kata Irfan, dia tidak menyangka kandungan yang dimuatnaik itu bakal menjadi tular dan memohon maaf sekiranya ada yang menyinggung segelintir pihak.
Malah, pihaknya turut memaklumkan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama dan menerima semua teguran netizen dengan terbuka.
BERITA TRENDING: Makin Sado, Peminat Samakan Body Khai Bahar Dengan Jungkook BTS
BERITA TRENDING: “Kerana Ia Mengundang Fitnah” - JHEAT Beri Nasihat Kepada Duda Sado Jual Durian Tak Pakai Baju
BERITA TRENDING: #PE3: “Sebab Kerjalah Saya Berjaya” - Shaheizy Sam Buat Six Pack, Isteri Approved Sebab Jarang Dapat Tengok!
“Kami tak sangka akan jadi viral content ni sebab sebelum ini pun kami pun ada je buat content, kami bukan nak mengajar atau menggalakkan cuma benda ni terjadi secara tidak sengaja.
“Content tu pun kami buat tak ikut sesiapa. Kalau dari content kami yang ada unsur negatif dan tak baik kami memang tak sokong.
“Ketika meniaga ni kami pakai je baju macam biasa cuma waktu tu sahaja kebetulan buka baju sebab panas.
“Kalau komen yang negatif kami pun terima dengan hati yang terbuka sebab kami anggap benda itu pun dari silap kami sebab kami tak menyangka benda tu viral.
BERITA TRENDING: Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."
“Kami dari Durian Papa Muda cuma boleh mohon maaf sahaja kepada mana-mana pihak yang terasa, benda ni bukan kami yang mahukan dan bukan benda yang kami mahu ulangi.