Laman Utama

Kesiannya Abi, Dia Buat Class Budak-Budak Dia Sorang Pun Tak Masuk…” – Alahai…Kesian Cikgu Ni, Tunggu Anak Murid…

Fiza Kamarudin
25/11/2020
23:00 MYT
Seorang pengguna Twitter @nuha, meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak murid yang tidak menghadiri kelas atas talian kendalian bapanya.
Lebih mengecewakan, usaha bapanya mengadakan kelas atas talian itu seolah-olah tidak dihargai anak-anak muridnya yang juga calon SPM tahun ini.
Nuha berkata, perasaannya sayu apabila melihat bapanya setia menunggu anak-anak murid masuk ke kelas atas talian tersebut selama lebih satu jam.
Lebih memilukan apabila para pelajar tersebut mematikan telefon ketika dihubungi bapanya dan memberikan alasan tidak dapat meyertai kelas kerana bekerja. Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya berseorangan di dalam kelas maya, kemudiannya bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.
Bagaimanapun selepas perkongsian Nuha menjadi tular, ramai pelajar lain yang bukan anak murid bapanya menyertai kelas tersebut.
Bapanya yang dikenali sebagai Cikgu Mustakim, kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Twitter yang menyertai kelas beliau.
Cikgu Mustakim turut turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan sokongan semangat kepada beliau.
Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan para pelajar tersebut dipermudahkan untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam peperiksaan SPM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).