Skip to main content

Berita Tempatan

Khai Bahar & Siti Nordiana Artis Top Top MeleTop 2019... Ini Senarai Keputusan Penuh AME2019

ame19keputusann.jpg
Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada tahun ini.

Untuk kategori tersebut, Nana dan Khai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Manakala pemenang setiap kategori lain memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

AME2019 yang dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Berikut merupakan keputusan penuh AME2019:
 
LAGU MELETOP: Jatuh Bangun
 
FILEM MELETOP: Munafik 2
 
HOS MELETOP: Siti Nordiana
 
FESYEN MELETOP: Syafiq Kyle
 
PENYANYI MELETOP: Khai Bahar
 
BINTANG FILEM MELETOP:  Syafiq Kyle
 
COUPLE MELETOP: Nur Fazura & Fattah Amin
 
SI CILIK MELETOP:  Yusoff Al Qardawi.
 
PELAKON TV MELETOP: Syafiq Kyle.
 
PROGRAM MELETOP: Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
 
ARTIS BAHARU MELETOP:  Eyra Hazali. 
 
ARTIS LAWAK MELETOP: Jep Sepahtu
 
PENYAMPAI RADIO MELETOP:  Johan
 
GROUP/DUO MELETOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
 
DRAMA MELETOP: Lelaki Kiriman Tuhan
 
PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA
 
ANUGERAH KHAS: Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau
 

Advertisement

Must-Watch Video