Skip to main content

Eksklusif

Khas Buat Photo & Food Hunter!! Pastikan China & Turki Tempat Wajib Dilawati

befunky-collage_558.jpg
Nak makan di China atau di Turki atau kedua-dua sekali? 

Destinasi pilihan di China pada kali ini adalah Guilin. Kalau anda tidak tahu, Guilin adalah destinasi yang popular dengan tarikan landskap semulajadi yang pastinya menjanjikan peluang untuk penggemar jurugambar profesional mengabadikan potret hasil kunjungan ke negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai di dunia ini.

Keindahan panorama yang disajikan kepada anda bagaikan bayangan taman syurga untuk anda merehatkan minda dan diri dari kehidupan realiti serta ditemani keunikan budaya kaum minoriti di situ.
Mengembara ke kawasan terpencil di Yangshuo untuk menikmati keindahan kawasan luar bandar China. 

Makanan halal akan disediakan kepada anda sepanjang anda berada di sini jadi anda tidak perlu penuhkan beg anda dengan bekalan makanan dalam tin.

Kosongkan bagasi anda kerana kita akan membeli belah di sepanjang Oldest Street dan West Street untuk bawa pulang barangan kraf tangan sebagai ole-ole untuk keluarga dan rakan. 

Melayari sepanjang Sungai Li untuk menikmati keindahan semulajadi dan melihat keunikan pelbagai staliktit di Gua Jinshui dan akhiri dengan menonton persembahan Guilin Mirage oleh penduduk tempatan. 



Pakej percutian ini termasuk dengan:
  • Penginapan 3 malam
  •  Visa percuma
  • Lawatan dan pengangkutan (jadual perjalanan) 
  • Bayaran masuk
  • Jurupandu berbahasa Inggeris disediakan
  • Tips pemandu pelancong dan pemandu
  • Minima 4 orang setiap perjalanan
Berkunjung ke Turki pasti anda sudah membayangkan detik - detik indah sambil menikmati kopi panas berlatar belakangkan bangunan bercirikan seni bina negara Timur Tengah ini. 

Tarikan utama di Turki mestilah di Istanbul di mana pengunjung akan dibawa ke Topkapi Palace, Spice Bazaar, Roman Hippodrome dan Grand Bazaar.

Menaiki belon udara panas di Cappadocia, berjalan di sepanjang Salt Lake dan Underground City pastinya memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk percutian anda.

Menziarahi ke kawasan bersejarah Bandar Kuno Hierapolis di Pamukkale, Masjid Hijau, Makam Hijau, Masjid Besar dan Pasar Sutera, anda juga boleh membeli-belah. 

Tidak  boleh dilupakan Turki merupakan syurga makanan manisan dan jangan risau anda tidak akan mempunyai masalah untuk mencari makanan halal.

Pelbagai lagi tempat yang menarik boleh anda lawati di bumi Turki ini yang sememangnya menjanjikan 1001 pengalaman yang indah. dan tidak akan dilupakan.

Anda boleh memilih pakej Turki yang bersesuaian dengan bajet anda:

5 Hari 4 Malam Di  Istanbul & Bursa Tour
  •  Istanbul: Topkapi Palace, Spice Bazaar, Roman Hippodrome, Grand Bazaar
  •  Bursa: Lawat Masjid Hijau, Green Tomb, Grand Mosque dan Silk Market
8 Hari 7 Malam Di Turkey Heritage Tour
  • Istanbul: Topkapi Palace, Spice Bazaar, Roman Hippodrome, Grand Bazaar 
  • Pamukkale: Ancient City of Hierapolis 
  • Izmir: Historical Elevator, Konak Square
  • Cappadocia: Underground City, Pasabag Valley, Uçhisar Village 
  • Eskisehir: Lawat The Kursunlu Mosque Complex yang dibina oleh Mustafa Pasha pada tahun 1525
8 Hari 7 Malam Di Turkey Muslim Tour
  • Dapatkan diskaun sehingga 50% untuk pasangan kedua dan PERCUMA untuk pasangan ketiga
  • Istanbul: Topkapi Palace, Spice Bazaar, Roman Hippodrome, Grand Bazaar
  • Cappadocia: Hotair Baloon (optional), Walk On Salt Lake, Underground City 
  • Pamukkale: Ancient City of Hierapolis 
  • Bursa: Lawat Masjid Hijau, Green Tomb, Grand Mosque dan Silk Market
6 Hari 5 Malam Di Istanbul Bursa Canakkale Edirne
  • Jimat sehingga RM 4500 untuk pasangan kedua
  •  Istanbul: Topkapi Palace, Spice Bazaar, Roman Hippodrome, Grand Bazaar
  • Edirne:  Lawat Selimiye Mosque dan akan melalui jambatan bersejarah serta melawat Sarayiçi di mana tempat lama Sultan Murat II’s yang dibina pada abad ke-15
  • Canakkale: Mulakan dengan pemandangan indah ke Gallipoli, yang terkenal dengan sejarah laman pertempuran paling banyak semasa WWI
  • Bursa: Lawat The Green Mosque, Green Tomb, Grand Mosque dan Silk Market
Di Sepanyol pula ada pelbagai masakan unik yang harus dicuba. Yang paling popular adalah Paella yang boleh didapati di sesetengah restoran Sepanyol di Malaysia. Tetapi untuk rasa yang paling asli, anda mestilah cubanya di Sepanyol kerana ia dibuat dari negara tersebut.



Selain itu, Gazpacho adalah makanan Sepanyol yang anda boleh cuba. Ia dihasilkan dengan mengisarkan tomato merah, minyak zaitun, lada, bawang putih, timun, dan roti.

Seterusnya, ia disejukkan sebelum dihidangkan. Dalam musim panas, semangkuk Gazpacho pasti akan menyegarkan hari anda.



Di samping itu, anda patut cuba Tortilla Española. Tortilla Española adalah makanan tradisi masyarakat Sepanyol yang berasaskan telur yang seakan sama dengan telur dadar di Malaysia.

Telur yang diadun bersama kentang, bawang, lada dan garam adalah juadah yang mudah disediakan oleh sesiapa sahaja tidak kira anda warga tempatan ataupun pelancong. Variasi juadah ini amat mudah didapati di setiap kawasan bandar.



Dengan pakej yang ditawarkan oleh Sedunia Travel, anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Royal Alcazars of Seville, Alhambra di Granada, dan Cordoba Mosque.

Hubungi pejabat Sedunia Travel hari ini dan lakukan tempahan anda sekarang di talian 03-2148 4566 (Asia) / 03-2142 0222 (Western) / 03-2141 5259 (Muslim) atau layari laman sesawang www.seduniamattafair.com / www.gempak.com/etravelfair/Agensi/Sedunia%20 travel untuk pilihan pakej yang lebih menarik. Anda juga boleh hantar e-mel ke [email protected] untuk lakukan tempahan.






 

Must-Watch Video

Advertisement