Kilatkan Kembali Lampu Kereta Yang Kusam, Kekuningan Dengan 2 Bahan Ini… Mudah & Murah!
Izwan Isa
23/07/2023 13:50 MYT
23/07/2023 13:50 MYT
Pengguna kereta pasti sedar yang keadaan lampu hadapan pasti akan bertukar kekuningan, seiring dengan usia kenderaan.
Sungguhpun kereta dijaga dengan baik, namun, apabila terdedah dengan cuaca tidak menentu dan juga keadaan sekeliling, permukaan lampu lama kelamaan akan berubah kekuningan, seterusnya menyebabkan suluhan cahaya pada malam hari akan menjadi suram.
Keadaan lampu suram ini boleh dibasmi dengan krim pengilat, atau untuk lebih mudah hantar sahaja ke pusat kecantikan kenderaan.
Namun, percaya atau tidak, anda boleh mengilatkan sendiri lampu yang sudah kekuningan ini di rumah, hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu buah lemon dan baking soda.
Caranya mudah. Belah lemon, taburkan serbuk baking soda pada permukaan yang sudah dibelah dan sental pada bahagian lampu yang kusam.
Sental permukaan sehingga berkilat atau anda boleh menambah serbuk baking soda jika perlu.
Siram dengan air dan hasilnya, lampu anda sudah kembali berkilat dan tidak lagi terganggu pencahayaan pada waktu malam.
Foto kredit: Maskulin
BACA: Ini Cara Mudah Nak Halau Lipas Yang Banyak Merayap Dalam Kereta... Nombor 2 Tu Paling Senang
BACA: Harga Setara Dengan Seunit Rumah, Ini Fakta Menarik Mengenai Pelancaran Kereta Tesla Di Malaysia