Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin akhirnya memilih untuk berada dalam satu agensi bersama teman wanitanya, aktres Shin Min Ah.

Berita itu disahkan sendiri oleh agensi barunya, AM Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi.

Menurut AM Entertertainment, Woo Bin telah menandatangani kontrak eksklusif bersama mereka.

“Kami akan membeikan sokongan penuh terhadap segala aktiviti yang melibatkan Woo Bin termasuklah drama dan filem.

“Kepada peminat, sila teruskan menyokong hasil kerja Woo Bin di masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu selepas lapan tahun bersama agensi lamaya, Woo Bin mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama Sidus HQ pada penghujung Disember 2019.

Woo Bin sebelum ini yang popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir ini telah menjalinkan hubungan cinta bersama Shin Min Ah sejak 2015.

Sumber: Soompi