Pelakon terkenal Korea Kim Woo Bin dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama aktres Shin Min Ah pada tahun 2020.

Berita itu didedahkan oleh sumber rapat menerusi program realiti dan gosip, ‘Rumor Has It’ baru-baru ini.

“Apabila mendengar berita tersebut menerusi orang yang rapat dengan pasangan berkenaan, mereka menafikan perkara itu.

“Kata mereka pasangan itu tidak merancang untuk berkahwin tahun hadapan sebaliknya pada tahun 2021.

“Bagaimanapun sumber terdekat Woo Bin mengatakan dia tidak mahu perkara ini menjadi tumpuan sehingga kesihatannya benar-benar pulih,” jelas hos yang mengendalikan segmen tersebut,

Terdahulu, Woo Bin dan Shin Min Ah telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2015.

Woo Bin kemudiannya disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017. Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak

Bagaimanapun, Woo Bin yang popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain.

Sumber: Koreaboo