Laman Utama
Kini Penyampai Radio ERA, Elly Mazlein Jadikan Halim Othman Inspirasi - "Celoteh, Gaya Suara Buat Kita Terhibur"
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein menyifatkan tawaran sebagai penyampai radio ERA merupakan peluang yang tidak akan disia-siakan.
Menurut pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia telah menjadi pendengar setia stesen berkenaan sejak dari awal stesen radio itu beroperasi, malah mengakui kagum dengan bakat penyampai radio yang berpengalaman, Halim Othman.
“Sekitar tahun 1998, saya memang sentiasa tunggu segmen abang Halim Othman ke udara. Dengar dia berceloteh dan gaya suaranya sudah boleh buat saya terhibur walaupun tidak nampak muka.
“Pada saya, abang Halim Othman merupakan penyampai radio yang berbakat besar dan penyampaiannya nampak bijak dan meyakinkan.
“Kalau boleh saya nak jadi seorang penyampai radio yang menghiburkan dalam masa sama setiap perkataan yang keluar kalau boleh ada ‘isi’,” kata Elly menerusi laporan Astro Awani.
Tambah pengacara program GegarVaganza musim ke-9 (GV9) itu lagi, dia tidak menganggap jadualnya yang semakin padat sebagai satu bebanan, sebaliknya, ia adalah tanggungjawab yang harus digalas sebaik mungkin.
“Sama ada tawaran sebagai pengacara, penyampai radio, nyanyian atau lakonan, Insha-Allah saya akan buat yang paling baik. Terima kasih atas kepercayaan semua pihak yang banyak menyokong karier seni saya,” akhirinya.
Terdahulu, pengumuman berita Elly sebagai penyampai radio telah dikongsi menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram Era.je.
Elly memulakan tugas sebagai penyampai dalam program segmen Carta ERA 40 bermula hujung minggu lalu.
Sumber - Awani
Must-Watch Video