Pelbagai cerita yang menjadi tumpuan hari ini termasuk kisah rumah tangga Mawi dan Ekin, kontroversi Aisar Khalid sehingga dikecam serta banyak lagi.
Tanpa buang masa berikut senarai 5 kisah selebiriti yang hangat hari ini:
  1. Zizan Razak Umum Tarik Diri Daripada Dunia Forex, Mohon Maaf Jika Ramai Ikut - “Senang Cite, Saya Dah Cuci Tangan..”
Aktor hebat Zizan Razak mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia pelaburan Forex di atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Zizan membuat pengumuman itu di dalam satu hantaran terkini serta di IG story miliknya.
  1. Video Berpeluk Aisar Khaled & Fify Azmi Jadi Kecaman Netizen - "Ajak Orang Lain Peluk Islam, Tapi Dia Peluk Perempuan"
Aksi mesra pempengaruh Aisar Khaled dan pelakon Fify Azmi tular di media sosial sejak petang Selasa.

Dalam tangkap layar skrin yang diambil dari video yang dimuat naik Fify di TikTok, Aisar yang berbaju putih menarikan semula parodi lagu Gadis dan Bunga bersama pelakon wanita itu.
  1. "13 Tahun Dah Kami Bersama" - Mawi Nafi Rumah Tangga Bergolak Hanya Disebabkan...
Penyanyi dan penyampai radio Mawi tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya hubungan dia dan isteri Ekin sedang beretakkan.
Menurut Mawiatau nama sebenarnyaAsmawi Ani, 41, isu berkenaan tercetus susulan ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
  1. “Jantung Laju, Kaki Longlai, Air Mata… Rasa Kerdil” - Bella Astillah Kongsi Pertama Kali Lihat Kaabah
Pelakon, Bella Astillah melahirkan rasa syukur dapat menyempurnakan ibadah umrah bersama suami dan kedua ibu bapanya di Tanah Suci Makkah.
Berkongsi pengalaman pertama kali mengerjakan umrah, perasaannya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
  1. “Bila Kena Sentuh Lelaki…”- Gambit Cabar Diri Ambil Watak Gay
Pelakon Gambit akui mencabar dirinya untuk membawakan watak baharu iaitu sebagai gay atau lelaki songsang di dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Kata Gambit atau nama sebenarnya Saifullah Rosli, 37, dia sedia menerima kesan serta kritikan daripada drama berkenaan.