Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor satu Malaysia iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Polis Evo kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Polis Evo 3 di pawagam.

Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu.

Menurut Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, jenama Polis Evo semakin kukuh sebagai francais aksi no satu negara.

“Tentunya sebagai penerbit, kami berusaha meningkatkan taraf filem ini ke tahap lebih tinggi. Kami yakin kualiti produksi, jalan cerita serta lakonan adalah yang terbaik pernah kami hasilkan.

“la bukan saja mampu menepati cita rasa penonton semua lapisan umur, latar dan bangsa, malah kami mensasarkan ia untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia.

“Diharapkan juga naskhah ini dapat mengangkat wajah filem tempatan apabila ia dipersembahkan kepada penonton negara luar.

“Dengan kisah yang universal, Polis Evo 3 membawa penonton merasai 'emotional roller coaster' melalui mood vang mendebarkan dan komedi dalam tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan.

“Kami harap kehadiran Polis Evo 3 dapat menjadikan a sebagai filem francais aksi terbaik Malaysia serta mampu memberi kejutan terbaru dalam industri perfileman tempatan,” ujarnya.

Selain menjadi filem pecah panggung ikonik yang mengangkat kredibiliti pasukan polis negara, Polis Evo 3 masih mengekalkan DNA dan elemen daripada Polis Evo pertama (2015) iaitu aksi komedi dan Polis Evo 2 (2018) yang sarat dengan aksi mendebarkan.

Dengan pengalaman dan 'forte' pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menjanjikan kualiti filem setanding karya antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza kepada penonton.

Antara lain vang menjadi kekuatan Polis Evo 3 adalah gandingan barisan pelakon hebat yang menggerakkan setiap watak.

Jika terdahulu watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) hanya berdua, kali ini skuad Polis Evo dibesarkan lagi dengan watak-watak baru yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan letupan, Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat, Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus dalam mengakses data teknologi, ACP Farouk (Fauzi Nawawi) ketua skuad dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) menjadi perisik Khas.

Sementara itu pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawakan watak antagonis, Reza yang digeruni.

Istimewa Polis Evo 3 ini turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor.

Filem ini turut menampilkan Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang, pempengaruh media sosial Zukieeeee serta penampilan istimewa Datuk Afdlin Shauki.

Dalam pada itu, lagu tema utama bertajuk AYUH merupakan ciptaan komposer legenda rap terkenal, Malique bersama Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra. 'Ayuh' dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri.

Selain itu, Polis Evo 3 juga memperlihatkan kerjasama bersama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE X Polis Evo 3.

Pemain akan ditawarkan pek suara Khas Inspektor Khar dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis EVo 3.

Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy sam dan Zizan Razak.

Penonton boleh saksikan treler PUBS MOBILE X Polis Evo 3 di semus platform media sosial PUBG MOBILE.

Tiket filem Polis Evo 3 sudah bolen dibeli sejak 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara.

Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui 'sneak preview' pada 24 Mei 2023, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di 145 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini.

Gunakan hashtag #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

Ikuti perkembangan terbaru serta Klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Sinopsis:

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusya adalah Inspektor Khai.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor San diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Terdahulu, Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box Office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.

Kesemua francais merupakan hasil di bawah rumah produksi BlackFlag.