Penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella bersimpati terhadap nasib yang dialami para pekerja sektor penerbangan yang hilang pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Menurut Zarul yang juga seorang bekas pramugara itu, dugaan sebegitu sudah tentu berat untuk mereka yang benar-benar mengalami situasi demikian.

"Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, saya doakan kepada yang terjejas agar diberikan ketabahan untuk menerima dugaan ini.

"Kita melangkah ke belakang dahulu, sebelum kembali 'terbang' apabila sampai masanya #staystrong Malindo #covid19," tulisnya menerusi Instagram.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Zarul turut mendoakan agar kakitangan penerbangan yang terjejas tabah menghadapi situasi sukar itu.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .. saya doakan kpd yg terjejas agar diberikan ketabahan utk menerima dugaan ini.. Kita melangkah selangkah ke belakang dahulu, sblm kembali "terbang" apabila sampai masanya #staystrong Malindo #covid19

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on


Menerusi laporan Gempak awal pagi tadi, syarikat penerbangan Malindo Air menjadi bualan netizen apabila membuat pengumuman memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerja mereka.

BACA : Stay Strong! 2,200 Kakitangan Malindo Diberhenti, Tweet 'Signing Off' Jadi Ucapan Terakhir