,
Berita

Kolaborasi Dengan Monoloque, Kimal Margasatwa Teruja Impian Jadi Kenyataan

Syafiqah Jalal
10/09/2020
10:05 MYT
Vokalis kumpulan Margasatwa, Kimal akui pelawaan berkolaborasi dengan kumpulan Monoloque dalam lagu Selamatkan Legasi bagaikan impian jadi kenyataan.
Kimal Margasatwa atau nama sebenarnya, Mohd Akmal Hakim Mokhtar ,28, berkata dia telah meminati kumpulan Monoloque sejak berada di bangku sekolah lagi.
“Saya tak malu untuk mengaku yang saya adalah peminat kumpulan Monoloque sejak saya dibangku sekolah lagi.
“Saya mengikuti kumpulan ini dari dulu dan bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik meskipun ketika itu saya sendiri tidak tahu bermain alat muzik.
“Jadi bila Monoloque pelawa saya untuk berkolaborasi itu saya sangat berbesar hati dan teruja,” katanya kepada Gempak.
Selamatkan Legasi merupakan lagu nyanyian Monoloque berkolaborasi dengan Kimal dan Njwa.
Menceritakan pengalamannya merakamkan lagu tersebut, Kimal akui cuba membawa pelbagai elemen Melayu dalama muzik tersebut.
“Lagu ini ia gabungan pelbagai muzik tradisional ke dalam lagu rock, jadi saya cuba bereksperimentasi dengan pelbagai muzik Melayu seperti rentak, joget, ghazal dan basic nya adalah gamelan,” katanya lagi.
Margasatwa turut dianggotai oleh Syahir, Majid, Fadhil Imran James dan Shadiq Sapian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lirik Lagu Alunan Lara (NJWA) OST Filem Rahsia!

gempak
02/08/2023
09:54 MYT
Seram weyyy lagu ni.
Laman Utama

Alunan Lara… Bunyi Misteri Piano, Intro Meremang, & Suara Gemersik Njwa Merintih, Ini Antara Yang Ada Dalam OST Rahsia

gempak
26/07/2023
12:50 MYT
Dengar bunyi piano tu je pun dah seram guys.
Laman Utama

5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!

gempak
22/06/2023
11:58 MYT
Sebahagian daripada kempen 'Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.'
Laman Utama

'Gema Lela Bimasakti' Nama Putera Bongsu Monoloque, Peminat Puji; "Dahlah Handsome, Nama Pula Unik"

gempak
31/12/2021
08:25 MYT
Nama unik dan klasik berpisah tiada dengan Monoloque!
Laman Utama

#ListenToAided: NJWA Memang 'Sesuatu', Hayati Lima Lagu Nyanyian Anak Mantan Perdana Menteri Malaysia Ini

gempak
18/08/2021
12:27 MYT
NJWA atau Najwa Mahiaddin, satu nama yang tidak asing dan seorang penyanyi unik, serta punya kualiti tersendiri.
Unitar