Pasha dikenali sebagai vokalis kumpulan Ungu dan sempat menjadi wakil rakyat Indonesia.
Walaupun terkenal, Pasha mengaku itu bukan alasan buatnya untuk melihat isteri, Adelia yang sudah dinikahi memasuki usia 10 tahun ini sentiasa perlu berdandan.
Di rumah, kata Pasha dia menerima penampilan Adelia sebagai suri rumah yang tidak berdandan atau hanya memakai baju kelawar.
Bagi Pasha, sebagai suami, dia memahami jika Adelia tidak sempat berdandan kerana sibuk menguruskan rumah tangga termasuk anak anaknya.
"Sebenarnya saya juga tidak menyuruh isteri berdandan di rumah. Sebab saya tahu fokusnya saat di rumah adalah menguruskan rumah tangga dan anak anak.
"Jadi kalaupun tidak berdandan dan hanya memakai baju kelawar atau pakaian rumah, itu juga bukan masalah," kata Pasha seperti dipetik dari Detik.com.
Pelantun lagu Cinta Dalam Hati yang sempat viral kerana dinyanyikan oleh peserta Indonesian Idol musim baharu, Jemimah ini malah mengatakan alasan di sebalik sikap santai melihat isterinya tidak berdandan atau memakai apapun di rumah.
"Dia nak pakai baju kelawar ke, tak berdandan ke, memang tak ada masalah. Pada mata saya, dia tetap cantik," kata Pasha.
Pasha kemudian menegaskan, biar tidak kisah isterinya tidak berdandan, hal penting baginya adalah kebersihan termasuk mandi setiap hari.
"Berdandan dan kebersihan seperti mandi setiap hari itu dua hal yang berbeza. Jadi dia mandi setiap hari, hanya tidak berdandan," akui Pasha lagi.
Meski suaminya tidak kisah melihat dia tidak berdandan atau hanya memakai baju kelawar di rumah, Adelia mengaku sebagai isteri dia tetap mahu tampil cantik dan menyenangkan di hadapan Pasha.
Justeru walaupun tidak berdandan, dia akan memastikan dirinya berpenampilan kemas.
Instagram: @adeliapasha
Maliah Surip
Fri Feb 19 2021
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.